CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 18 November 2012

Tempahan Vanilla Muffin Dan Coklat Chip

Salam, Obie berasa teruja apabila tiba sahaja musim cuti persekolahan, mana tidaknya obie akan secara langsung atau tidak akan turut sama sibuk... terutama didapur obie, dapur baking obie sudah pasti akan sentiasa panas dan berasap dengan pelbagai tempahan baking sama ada kek , muffin , cupcakes , pastry.. dan sebgainya lagi.bercerita mengenai muffin, obie akan tersenyum sendiri.. banyak kenangan sewaktu bekerja di salah sebuah syarikat pengendalian makanan untuk penerbangan di KLIA, Sepang... penyediaan muffin pelbagai jenis pada kuantiti yang banyak pada masa yang sama perlu standard hasilnya.Pada masa itu teman obie si miss "A" yang memang hebat dalam membuat pelbagai jenis Muffin ini, dalam keadaan yang amat tertekan apabila perlu membuat muffin dalam kuantiti yang banyak, dengan tempat yang terhad untuk wrapping muffin. obie biasa rajin membantu sesiapa yang memerlukan bantuan..dalam membantu menyediakan bahan membuat muffin sehinggalah proses membakar, menyejuk dan membungkus..tetiba keluar kata-kata dari teman obie ni Miss " A ", katanya- " Wan kita hari-hari buat muffin.. hari-hari bakar muffin... hari-hari bungkus muffin... lama-lama muka pun sudah macam muffin.. engkau tak perasan ke yang muka engkau pun dah macam muffin kembang mekar dan bulat!" Obie tergelak-gelak... memori :). Tapi yang pasti keenakan dan kesedapan muffin tidak boleh dipertikaikan lagi... Obie juga jatuh cinta pada muffin bila sudah pandai buat dan makan! Obie juga menerima pelbagai tempahan muffin sama ada untuk goodies bag atau apa sahaja majlis.
Vanilla Butter Muffin
Chocolate Chips Muffin // Kepada yang ingin menempah sila hubungi Hotline 0127144840 Terima Kasih.

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign